JERANTUT: “Sudah-sudahlah… hentikan keluar balak”. Demikian kekecewaan penduduk di Lembah Tembeling di sini setiap kali melihat banyak lori balak yang sarat muatan melalui jalan raya berdekatan perkampungan pesisir Sungai Tembeling bermula dari Ulu Tembeling-Tembeling Tengah ke bandar Jerantut. Difahamkan, kegiatan tersebut bukan baharu sebaliknya didakwa sudah lebih 20 tahun berlaku atas alasan ‘pembangunan akan menjalar lebih cepat ke kawasan di situ’. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk Ulu Tembeling yang mahu dikenali sebagai Din berkata, alasan pembangunan hanya omong kosong semata-mata apabila hanya ada jalan raya termasuk kemudahan awam seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya