KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 20 Mac ini bagi mengetahui status representasi yang difailkan oleh Inspektor Sheila untuk membatalkan pertuduhan mendatangkan kegusaran awam di sebuah pusat beli belah, tahun lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam M. Manoharan yang mewakili Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 36, selepas prosiding kes di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan. Menurut peguam itu, representasi itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) atas alasan pertuduhan tersebut remeh. “Hari ini mahkamah menetapkan sebutan kes seterusnya pada 20 Mac untuk mengetahui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya