KOTA KINABALU: Dua beranak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki menerima rasuah sebanyak kira-kira RM10,000. Sumber memberitahu, kedua-dua suspek memperoleh wang tersebut dengan memperdaya orang ramai membabitkan permohonan rumah skim Program Perumahan Rakyat (PPR) di sebuah daerah di negeri ini. Menurut sumber itu lagi, suspek pertama yang berusia 40-an dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama anak lelakinya yang berusia 20-an. Kedua-dua anak beranak itu ditahan antara pukul 3 hingga 4 pagi tadi dalam satu serbuan di sebuah kawasan perumahan di Sandakan. “Kedua-dua beranak ini dipercayai melakukan kesalahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya