PONTIAN: Kira-kira 3,000 jemaah hadir mengerjakan solat subuh di Masjid Bandar Pontian, di sini, pagi tadi. Mereka mula membanjiri pekarangan Masjid Jamek Bandar Pontian seawal pukul 4 pagi bagi mengambil 1,000 helai kemeja-t yang disediakan oleh pihak penganjur Komuniti Jalan Mohd. Salleh (JMS). Urusetia penganjur, Mohd. Zainal Zulkifli, 41, berkata, pihaknya teruja dengan sambutan Solat Subuh Macam Jumaat versi Pontian yang mendapat sambutan baik dari pelbagai golongan lapisan umur seluruh daerah ini. Katanya, pemberian kemeja-t percuma yang ditaja oleh sebuah syarikat percetakan tempatan selesai dalam tempoh setengah jam kepada jemaah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya