KUALA LUMPUR: Enam beradik berdepan detik cemas apabila sofa dalam kediaman mereka musnah terbakar dalam kejadian di Blok Q, Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini. Difahamkan, ketika kejadian, kesemua kanak-kanak berusia antara dua hingga 11 tahun itu ditinggalkan dalam rumah berkunci kerana ibu bapa mereka ke hospital. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian daripada jiran pada 11.15 pagi. Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dengan kekuatan tujuh pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya