ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya mematahkan cubaan sindiket menyeludup 42,000 kilogram (kg) beras hancur dengan menggunakan sebuah treler di Jalan Kubur Panjang, Pokok Sena dekat sini pada 6 Februari lalu. Pengarah Kastam negeri, Nor Izah Abd. Latiff berkata, Cawangan Penguatkuasaan Alor Setar menerima maklumat tentang aktiviti terbabit sebelum berjaya mengesan dan mengekori sebuah treler bernombor pendaftaran tempatan. Jelasnya, beras hancur itu dipercayai diseludup masuk dari Thailand untuk dicampur dengan beras tempatan atau beras yang diimport bagi mengaut keuntungan lebih. “Hasil risikan mendapati treler itu memasuki Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya