SHMMP Tahun Baharu Cina berkuat kuasa 6 Februari

SHMMP Tahun Baharu Cina berkuat kuasa 6 Februari

RMIZAN Mohd. Ali (dua kiri) semasa melancarkan SHMMP Tahun Baharu Cina di Papar hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina yang meliputi 11 jenis barangan akan berkuat kuasa bermula pada 6 hingga 14 Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tempoh pelaksanaan skim itu adalah selama sembilan hari.

Beliau berkata, antara 11 jenis barangan diwartakan sebagai barang kawalan adalah udang putih, ikan bawal putih, babi hidup, daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak), kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing), ubi kentang import (China), bawang putih, halia tua import, lobak putih import dan lobak merah.

Katanya, SHMMP Tahun Baru Cina akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

Menurutnya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga akan melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi.

Semakan harga boleh dibuat melalui laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my.

“Pegawai-pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.

“Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan,” katanya semasa melancarkan SHMMP Tahun Baharu Cina di Sekolah Jenic Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Hwa, di sini hari ini.

Armizan mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui AKHAP 2011 dan boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 bagi individu.

Sementara itu, bagi syarikat pula, boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Untuk kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal pula, individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan bagi syarikat pula, boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya