TAPAH: Seorang wanita ditemukan lemas manakala empat lagi dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di sungai dekat Kampung Poh, Bidor di sini hari ini Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.03 petang. Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor telah dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR). “Kejadian membabitkan tujuh individu yang berkelah di lokasi berkenaan. Dalam kejadian itu, seorang wanita ditemukan lemas sementara empat lagi hilang termasuk tiga kanak-kanak. “Seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya