Seminar Bitumen Bagi Pembinaan Jalan

Seminar Bitumen Bagi Pembinaan Jalan

GABUNGAN pihak penganjur bergambar sempena Siri Seminar Bitumen Bagi Pembinaan Jalan di Shah Alam, Selangor pada 30 Januari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 30 syarikat dari seluruh Malaysia menyertai Siri Seminar Bitumen Bagi Pembinaan Jalan yang dianjurkan bersama Kemaman Bitumen Company Sdn. Bhd. (KBC), Institute for Infrastructure Engineering and Sustainable Management (IIESM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Elite Career Centre Sdn. Bhd. (ECC) di Shah Alam, Selangor pada 30 Januari lalu.

Seminar itu bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran pengawalan kualiti bitumen dalam kalangan pemain industri jalan.

Ia dihadiri seramai 63 peserta dari pelbagai syarikat dalam industri seperti Roadcare (M) Sdn. Bhd., Sunway Quarry Industries Sdn. Bhd. dan Petronas Dagangan Berhad.

Seminar tersebut dibahagikan kepada sesi ceramah di Hotel UiTM dan diteruskan dengan sesi amali di Makmal Jalanraya Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN