Sarjan direman lagi bantu siasatan kes rogol mangsa lain

Sarjan direman lagi bantu siasatan kes rogol mangsa lain

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditahan sebelum ini kerana disyaki merogol pelajar perempuan berusia 16 tahun, hari ini direman sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini.

Permohonan reman terhadap suspek berusia 42 tahun itu dikemukakan polis bagi membantu siasatan jenayah rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Hakim Juraidah Abas yang mendengar permohonan reman itu, membenarkan suspek ditahan reman sehari, pada hari ini. Suspek sebelum ini telah ditahan reman selama lima hari di Mahkamah Majistret Parit sebelum ditangkap semula semalam, untuk siasatan melibatkan mangsa lain.

Terdahulu, peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid yang mewakili suspek memberitahu, anak guamnya telah memberi kerjasama baik dan permohonan awal untuk direman selama tujuh hari telah dibatalkan oleh mahkamah dengan menggantikan dengan satu hari.

“Anak guam kami telah memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dan tiada keperluan untuk dia ditahan lanjut.  Selain itu, dia juga merupakan anggota polis, jadi keterangannya boleh diambil pada bila-bila masa,” katanya.

Terdahulu, suspek yang memakai pelitup muka dan baju berpenutup kepala ‘hoodie’ berwarna gelap itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Batu Gajah pada pukul 8.30 pagi sebelum dibawa keluar dua jam kemudian.

Menerusi laporan media baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan empat mendakwa menjadi mangsa rogol anggota polis berpangkat sarjan. Difahamkan, perbuatan terkutuk itu berlaku di dalam kereta di hadapan balai polis dan di kawasan tempat letak kereta di hadapan sebuah pasar raya di Seri Iskandar pada Julai dan Oktober lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas remaja terbabit memberitahu ibunya berkaitan kejadian berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya