SHAH ALAM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membatalkan dua pertuduhan dihadapinya di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini. Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Muhammad Sanusi kepada Hakim Datuk Aslam Zainuddin dalam sebutan kali pertama selepas prosiding tersebut dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. “Pihak pembelaan akan menghantar representasi kepada Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat ini. Oleh itu, pihak pembelaan memohon untuk satu tarikh sebutan bagi status representasi ditetapkan,” katanya. Bagaimanapun,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya