KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis menjelaskan, caj fotografi untuk merakam gambar di puncak View Point Wang Kelian hanya dikenakan kepada pihak yang menjalankan penggambaran komersial. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, pengunjung yang berhasrat merakam gambar termasuk menggunakan kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR) untuk tujuan peribadi, hobi atau dimuat naik di media sosial sendiri tidak dikenakan sebarang caj. Bagaimanapun, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Perhutanan negeri yang menetapkan syarat sedemikian untuk menyemak semula keperluan tersebut kerana ramai yang salah faham mengenai caj berkenaan. “Caj…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya