KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bermula hari ini dengan Titah Diraja sempena istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Ia merupakan perasmian yang pertama oleh Sultan Ibrahim sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 1 Februari lalu. Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja akan menyusul keesokannya, sementara sesi penggulungan oleh menteri berkaitan akan bermula 11 sehingga 14 Mac 2024. Bermula 18 sehingga 27 Mac pula, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) kerajaan akan dimulakan. Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijangka menyentuh beberapa isu hangat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya