DUNGUN: Meskipun banjir telah surut sepenuhnya sejak Sabtu lalu, namun mangsa banjir di Kampung Shukor dan Kampung Pasir Raja, dekat sini, masih tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan kediaman mereka masih dipenuhi lumpur. Tinjauan di kawasan Hulu Dungun mendapati kerja-kerja pembersihan lumpur di kawasan kediaman penduduk masih giat dilakukan dengan bantuan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Seorang penduduk Kampung Pasir Raja, Norhazilah Hamzah, 35, berkata, dia dan keluarganya masih tinggal di PPS berikutan lantai rumahnya rosak teruk dan berlubang akibat banjir besar pada Khamis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya