Remaja lelaki ditahan curi tabung surau

Remaja lelaki ditahan curi tabung surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT: Seorang remaja lelaki ditangkap ketika sedang mengumpil tabung di Surau Kolej Vokasional, di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.01 malam itu, pengadu yang merupakan guru di Kolej Vokasional Beaufort menerima notifikasi daripada aplikasi kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan seorang lelaki sedang mengumpil tabung yang terletak di hadapan pintu masuk surau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, pengadu kemudiannya menghubungi pengawal keselamatan yang bertugas untuk tindakan awal dan berjaya menangkap suspek.

Anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort diarahkan untuk pergi ke tempat kejadian.

“Suspek yang berusia 18 tahun itu kemudian ditangkap dan berdasarkan pemeriksaan di dalam beg suspek telah menjumpai wang tunai berjumlah RM228.20.

“Turut dirampas tabung surau dan alat yang digunakan oleh suspek untuk mengumpil tabung tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 15 Februari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya