PETALING JAYA: Presiden baru Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL), Datuk Razlan Razali akan berusaha untuk memastikan badan induk itu dapat menjadikan Velodrom Cheras sebagai kediaman rasmi mereka semula. Razlan menjelaskan, beliau perlu meneliti dahulu status Velodrom Cheras itu sebelum memulakan proses rundingan dengan pemilik tanah, Jakel Group. Jakel telah pun memberikan kebenaran buat PBKL untuk mengadakan latihan di Velodrom Cheras sejak 2021, dan segala kos penyelenggaran dan penjagaan bangunan itu diuruskan oleh PBKL. Bagaimanapun PBKL tetap risau seandainya kebenaran itu akan ditarik balik sekiranya Jakel berhasrat untuk membina bangunan komersial…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya