PETALING JAYA: Tiada keperluan untuk pihak kerajaan mewujudkan satu peruntukan perundangan khas bagi menangani gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, langkah itu tidak perlu dilaksanakan kerana sistem sedia ada sudah cukup berkesan bagi menangani gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam. “Undang-undang sebelum ini sudah termaktub, jadi pada pandangan kami tak perlu pun untuk adakan lagi perundangan tambahan, melainkan kalau ia dibawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan untuk lebih telus,” katanya. Terdahulu, Utusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya