BUKIT MERTAJAM : Sebanyak 42,000 liter diesel bersubsidi bernilai lebih RM90,000 dirampas dalam Op Tiris oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang hasil serbuan ke atas sebuah stor haram di Teluk Wang, di sini hari ini. Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, serbuan tersebut dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang tadi selepas risikan selama seminggu dibuat terhadap stor haram berkenaan yang disyaki menyimpan barang kawalan bersubsidi itu tanpa permit yang sah. “Pemantauan ke atas stor berkenaan mendapati, terdapat dua buah tangki simpanan dan enam tangki ‘intermediate…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya