Program kembali ke sekolah Nestle bantu 2,600 pelajar

Program kembali ke sekolah Nestle bantu 2,600 pelajar memerlukan

Sukarelawan Nestlé Cares mengagihkan pek barangan kelengkapan sekolah di Sekolah Kebangsaan Seneng, Bachok, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nestlé Malaysia mengukuhkan komitmennya untuk membawa kesan positif kepada kehidupan rakyat Malaysia yang memerlukan.

Menerusi inisiatif Kembali ke Sekolah tahunannya, syarikat kali ini akan membantu seramai 2,600 murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan di seluruh negara pada musim persekolahan nanti sambil mereka bersiap sedia untuk memulakan tahun akademik 2024.

Seramai 50 Sukarelawan Nestlé Cares dan Empire Project telah bersama-sama menyediakan 2,600 pek barangan kelengkapan sekolah bernilai RM800,000 seperti beg, pakaian seragam, kasut, sarung kaki dan alat tulis.

Inisiatif ini memanfaatkan kanak-kanak daripada masyarakat memerlukan termasuk anak yatim, anak ibu bapa tunggal dan banduan, kanak-kanak berkeperluan khas dan beberapa masyarakat Orang Asli serta pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Di samping itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, sebanyak 1,500 isi rumah juga menerima beg hadiah Nestlé yang mengandungi produk berkhasiat seperti Nestlé EVERYDAY, NESTUM, MILO Activ-Go dan banyak lagi.

Meluaskan inisiatif ke Malaysia Timur, sebanyak 10 sekolah di Sabah dan Sarawak juga menerima peralatan sukan yang boleh dimanfaatkan oleh 500 pelajar untuk menggalakkan aktiviti fizikal dan sukan.

Nestlé Malaysia juga berganding bahu dengan Jabatan Penjara Pusat Kota Kinabalu untuk membekalkan beg sekolah bersama produk makanan dan minuman kepada hampir 200 anak-anak banduan dan komuniti B40 sekitar di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata: “Kami mempunyai tanggungjawab sosial untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan”.

Inisiatif Kembali Ke Sekolah Nestlé Cares katanya, sejajar dengan matlamat untuk membuka peluang bagi belia dan dalam tempoh lebih sedekad lepas, hampir 10,000 pelajar Malaysia telah menerima bantuan menerusi program ini.

“Pada tahun ini, kami teruja untuk meluaskan capaian kepada lebih ramai pelajar di seluruh negara dan ingin terus membawa kesan positif kepada lebih ramai kanak-kanak pada masa depan,” katanya.

Inisiatif Kembali Ke Sekolah Nestlé Cares adalah salah satu daripada pelbagai cara bagaimana Nestlé membawa impak yang bermakna dalam kehidupan ramai rakyat Malaysia, sambil menyemai semangat sukarelawan dalam kalangan kakitangan.

Baru-baru ini, syarikat juga membantu dalam usaha meringankan beban mangsa banjir menerusi kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia membekalkan keperluan asas kepada penduduk yang terjejas.

Nestlé melaksanakan pelbagai program pengayaan masyarakat, termasuk menyokong komuniti peladang dan usahawan tempatan, menyediakan pendidikan pemakanan untuk masyarakat setempat, dan menerajui program kelestarian alam sekitar, di samping inisiatif lain untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Secara keseluruhan, Nestlé Malaysia menyumbang RM13 juta untuk inisiatif sokongan kemasyarakatan pada 2023, meneruskan usaha yang dilaksanakannya pada tahun-tahun lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN