JAKARTA: Calon presiden yang juga Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto menang Pilihan Raya Presiden (Pilpres) dan Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu) 2024 berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh, semalam. Keputusan itu berdasarkan kiraan pantas yang dikeluarkan enam institusi yang melakukan tinjauan berdaftar dan ia disiarkan secara maya. Dalam tinjauan keputusan berkenaan, Prabowo bersama pasangannya Gibran Rakabuming Raka mendahului saingan mereka iaitu Ganjar Pranowo dengan Mahfud MD dan Anies Baswedan dengan Muhaimin Iskandar. Menurut kiraan yang dikeluarkan institut tinjauan Penyelidikan dan Pembangunan Kompas, pasangan Prabowo dan Gibran mendahului dengan keputusan 60.27 peratus.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya