PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) berkuat kuasa serta merta. Dengan pelantikan ini, Perdana Menteri berharap pelantikan ini dapat memastikan MITRA terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam mengangkat darjat dan sosio-ekonomi masyarakat India. “Pelantikan ini adalah bagi menggantikan Datuk Ramanan Ramakrishnan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya