MELAKA: Orang ramai disaran menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan jalan raya berikutan pertambahan aliran trafik yang tinggi sempena cuti Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, hari ini. Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, aliran trafik di semua jalan masuk dan keluar ke Melaka ketika ini adalah pada skala satu. Katanya, pertambahan pengunjung ke negeri ini susulan pengumuman Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang menawarkan kemasukan percuma ke pelbagai lokasi tumpuan pelancong. “Selari dengan tema Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, ‘Mana lagi, Melaka ler..’ Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya