TAPAH: Polis menafikan dakwaan bahawa kemalangan yang berlaku di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Bidor semalam, membabitkan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri sebaliknya berkata, insiden tersebut hanya melibatkan seorang PATI berusia lingkungan 30-an yang maut di lokasi kejadian. “Pihak polis mengesan dakwaan tular di media sosial yang menyatakan terdapat seramai 13 etnik Rohingya meninggal dunia dengan merujuk kepada kes kemalangan di Kilometer 335. “Berita yang disebarkan oleh pihak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya