KLANG: “Pesawat itu dilihat seperti hilang kawalan dan terjunam dengan bunyi dentuman kuat.” Demikian kata Jinaidi Nasiran, 55, yang mendakwa menyaksikan insiden sebuah pesawat ringan yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, semalam. Dakwa penyelia kilang itu, ketika kejadian dia sedang menukar tayar kereta di hadapan rumahnya yang terletak berdekatan lokasi tersebut, kira-kira pukul 1.30 petang. “Saya kemudian pergi memeriksa dan mendapati pesawat itu sudah terjunam ke tanah kebun berkenaan. Pada waktu itu, saya cuba mencari mangsa namun tidak menemukannya,” katanya ketika ditemui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya