KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid untuk membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka selepas didakwa gagal mengisytiharkan aset-aset sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah. Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin, permohonan untuk membatalkan itu tidak wajar dilakukan di mahkamah sivil dan melalui semakan kehakiman. Selain permohonan untuk membatalkan pertuduhan, Horng Bin turut menyatakan permohonan untuk menggantung prosiding sehingga semakan kehakiman itu diputuskan juga perlu dilakukan di Mahkamah Jenayah. Beliau berhujah demikian pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian di hadapan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya