Perjelas kedudukan ringgit di Parlimen - Hassan Karim

Perjelas kedudukan ringgit di Parlimen – Hassan Karim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menggunakan sesi jawapannya ketika pembukaan Parlimen pada 27 Februari ini dengan membentangkan penjelasan berhubung kedudukan Ringgit Malaysia yang kian merosot.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kedudukan ringgit ketika ini mencemaskan rakyat kerana terus merosot saban hari.

Katanya, sebagai Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan, gesaan tersebut bukanlah untuk memburukkan keadaan dengan menuding jari atau mencari kesalahan mahu pun kelemahan kerajaan.

Sebaliknya, katanya, sebagai Ahli Parlimen beliau berhak meminta Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan supaya secara rasmi menjelaskan dua perkara di Dewan Rakyat.

“Pertamanya, mengapa kedudukan ringgit begitu lemah sekarang ini berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

“Keduanya dan ini yang terpenting iaitu apakah tindakan segera kerajaan untuk mengatasi kejatuhan ringgit dan menyelamatkan ekonomi negara,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.

Beliau berkata, Parlimen adalah tempat paling sesuai bagi Perdana Menteri mengambil tanggungjawab menjelaskan kedudukan mata wang negara.

“Parlimen yang bermula sidangnya minggu depan adalah tempat yang sesuai bagi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengambil tanggungjawab dan memberi penjelasan rasmi kerajaan,” katanya.

Nilai ringgit yang berterusan menyusut meletakkannya hampir ke paras terendah yang direkodkan pada tahun 1998 ketika berlakunya krisis kewangan Asia.

Menurut laporan Bloomberg, hanya dua peratus lagi ringgit akan mencapai kadar 4.8850 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ketika krisis kewangan Asia 1998, ringgit mencatatkan kadar terburuk pada 4.88 sehingga mendorong kerajaan campur tangan dengan menambat mata wang negara itu pada 3.80 berbanding dolar AS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya