LEBIH 230 orang berkumpul pada Perhimpunan Pakatan Bakti Keluarga Hj Muhammad dalam kalangan keluarga lima generasi yang diadakan di Teluk Buih Mersing, Johor, baru-baru ini. Generasi pertama adalah dari keluarga 17 adik-beradik yang kini mempunyai keahlian penuh hampir 500 orang. Perhimpunan kali ini dianjurkan dengan pelbagai aktiviti seperti tahlil, perkenalan ahli baharu dan memperingati keluarga yang meninggal dunia. Turut diadakan program sukaneka dan program pemantapan keluarga selain mesyuarat ketua keluarga untuk membincangkan kebajikan semua ahli yang kurang bernasib baik serta merancang program pada tahun 2026. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya