Perbicaraan gangguan seksual Ebit Lew bersambung Mei

Perbicaraan gangguan seksual Ebit Lew bersambung Mei

EBIT Lew ketika hadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, ditangguh dan akan bersambung semula pada 20 hingga 24 Mei depan.

Majistret, Nur Asyraf Zolhani turut menetapkan satu lagi tarikh baharu iaitu pada 23 hingga 26 Julai sebagai tarikh perbicaraan seterusnya apabila tarikh yang dicadangkan sebelum ini pada 4 hingga 7 Jun terpaksa dikosongkan.

Saksi kesembilan yang merupakan pengadu akan dipanggil semula sebagai saksi perbicaraan untuk pihak pendakwaan meneruskan semula pemeriksaan utama.

Tarikh yang dijadualkan pada Jun terpaksa dikosongkan kerana pihak pembelaan mempunyai beberapa kes mahkamah tinggi di Kota Kinabalu pada Jun, yang akan ditetapkan.

Malah, pihak pendakwaan pula tidak dapat meneruskan perbicaraan pada petang ini kerana perlu menaiki penerbangan pada malam ini kerana tiada penerbangan yang kosong pada esok dan mereka mempunyai majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Pendakwaan memberitahu mahkamah pada perbicaraan seterusnya mereka akan memainkan cakera padat CD-WA bagi membolehkan mereka sesuaikan untuk pertuduhan dalam kes tersebut.

Susulan itu, mahkamah menangguhkan perbicaraan pada sesi petang ini dan menetapkan mengesahkan tarikh yang telah dijadualkan pada Mei dan menetapkan tarikh baharu pada Julai.

Sehingga kini, sembilan saksi telah dipanggil iaitu penceramah motivasi Mohd. Fairuz Abu @ Akhi Fairuz Al-Jengkawi; Asisten Superitendan Salwani Mohd. Hadzir; pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung; Asisten Superitendan Siti Nooraini Mohd. Sahid; Asisten Superitendan Norfazliyani Zolkapeli; Superitendan Hirdawati Isa; Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz dan Yip Chang Ching dan pengadu.

Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad dan Analia Kamaruddin manakala, Ebit diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Timothy Daut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya