KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA) menarik balik saman fitnahnya terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Mahkamah Tinggi di sini, minggu lalu. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Segambut itu hari ini, Kamarul Zaman Yusoff memfailkan notis penarikan balik saman tersebut pada 30 Januari lalu tanpa kebebasan untuk memfailkannya semula. Lelaki terbabit juga perlu membayar kos sebanyak RM5,000 kepada Hannah. “Tindakan plaintif (Kamarul Zaman) menarik balik saman fitnahnya bukan sahaja tepat pada masanya tetapi turut mengesahkan pegangan saya bahawa saya tidak mengeksploitasi (isu)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya