Peniaga ikan maut kemalangan di LPT2 - Utusan Malaysia

Peniaga ikan maut kemalangan di LPT2

KEADAAN mayat Che Abu Bakar Endut yang meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 335.6, LPT2, Dungun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Hasrat seorang peniaga ikan untuk keluar mencari rezeki bertukar tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 335.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sebelum Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Paka, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi, Che Abu Bakar Endut, 71, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di beberapa anggota badan, manakala isterinya, Haliyoh Ali, 57, pula cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama isterinya yang tinggal di Bandar Al Muktaffi Billah Shah, dekat sini sedang dalam perjalanan untuk mengambil bekalan ikan di bandar Dungun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori jenis Nissan Vanette yang dipandu mangsa di lorong kanan lebuh raya dipercayai secara tiba-tiba masuk ke laluan kiri.

“Dalam masa sama, sebuah Perodua Axia yang dinaiki sepasang suami isteri dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu, tidak sempat mengelak dan merempuh lori mangsa,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Maizura berkata, impak rempuhan itu menyebabkan lori mangsa melanggar penghadang lebuh raya dan terbalik.

Menurutnya, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka.

“Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan mangsa yang cedera dibawa ke unit kecemasan hospital sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya