TUMPAT: Seorang wanita tidak menyangka menerima hadiah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) pada hari persandingannya di Kampung Laut, di sini, pada Sabtu lalu. Hadiah caruman yang sudah dibayar RM120 untuk setahun itu diterima Nur Fatini Ghazali, 26, daripada beberapa rakannya sebaik sahaja lafaz akad nikah berlangsung di rumahnya. Nur Fatini yang juga kakitangan sambilan di pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan, berkata, dia tidak menyangka menerima hadiah yang disifatkan unik itu kerana sebelum ini ada bertanyakan rakan setugas mengenai skim caruman berkenaan. Katanya, rakannya ada mencadangkan agar dia mencarum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya