KUALA KANGSAR: Warga Kuala Kangsar lega apabila hujan membasahi bandar diraja itu sejak dua hari lalu setelah berdepan cuaca panas berpanjangan, dua hingga tiga minggu lalu. Seorang penduduk, Razmin Mat Sabri, 42, berkata, ramai bersyukur dengan perubahan tersebut kerana memberikan sedikit kelegaan setelah berpanas untuk tempoh yang lama. Beliau berkata, cuaca hujan di daerah tersebut sejak dua hari lalu bagaimanapun berlaku dalam tempoh singkat dan tidak begitu lebat, tidak seperti di Ipoh atau Taiping. “Penduduk lega dengan cuaca hujan pada waktu petang sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya