TAPAH: Empat daripada 131 orang tahanan yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini berjaya ditangkap oleh penduduk Perkampungan Orang Asli Sanding kira-kira 15 kilometer daripada depoh tersebut pada pukul 3.30 petang tadi. Menurut seorang pesara bomba, Mohamad Yunus Abu, rakannya yang bekerja di sebuah kolam ikan berhampiran kampung itu memaklumkan mengenai kelibat empat tahanan lelaki warga Rohingnya itu. “Saya dan rakan-rakan terus menelefon polis dan menjejak kira-kira 500 meter sebelum berjumpa dengan mereka. “Mereka saya lihat keletihan dan tidak mampu berlari. Saya meminta mereka membuka baju dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya