IPOH: Penduduk Kampung Ulu Kuang dekat Chemor di sini, kembali dilanda kebimbangan apabila kelibat harimau belang sekali lagi ditemukan semalam. Penemuan terbaru itu selepas seekor harimau belang jantan dinamakan Yob Kuang ditangkap kelmarin, setelah memasuki perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Seorang penternak lembu, Mohamed Khairi Shafiei, 63, berkata, haiwan pemangsa itu dilihat pada jarak kira-kira tujuh meter ketika melintas kenderaan dinaikinya bersama dua pekerja sekitar pukul 7 malam. Katanya, dia yang mengusahakan ternakan lembu sejak lima tahun lalu dalam perjalanan untuk melihat haiwan ternakan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya