MELAKA: Selepas lebih sebulan menanti, akhirnya impian seorang pekerja hotel ingin memiliki kereta idaman menjadi kenyataan apabila dia menerima kereta Proton X70 berharga RM98,800, semalam. Sebelum ini, Mohd. Shahizat Idris, 37, diumumkan sebagai pemenang utama cabutan bertuah sempena Pelancaran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024, pada malam 31 Disember lalu. Dalam satu majlis ringkas di pekarangan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, Mohd. Shahizat menerima kereta berkenaan yang disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari. Ketika ditemui pemberita, dia menzahirkan rasa syukur menerima kenderaan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya