Pemuda UMNO mahu heret Tony Pua ke mahkamah

Pemuda UMNO mahu heret Tony Pua ke mahkamah

MUHAMAD AKMAL SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO mahu mengheret bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua ke mahkamah selepas didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina institusi diraja.

Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pergerakan itu  akan melantik seorang peguam pemerhati untuk memantau perjalanan kes tersebut.

“Laporan polis terhadap Tony telah kami lakukan dan hari ini diadipanggil oleh polis untuk diambil keterangan.

“Pergerakan Pemuda UMNO akan melantik seorang peguam pemerhati sebagai wakil kami bagi memantau perjalanan kes ini untuk memastikan dia tidak terlepas daripada didakwa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Tony yang juga bekas Setiausaha Publisiti DAP dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung pengurangan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk rekod, Lembaga Pengampunan sebelum ini memaklumkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Najib.

Lembaga Pengampunan mengesahkan hukuman penjara bekas Presiden UMNO itu dikurangkan dari 12 tahun ke enam tahun dan denda perlu dibayar pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, tiada kemaafan diberikan kepada Tony dan akan mengheret isu tersebut ke mahkamah.

“Maaf tidak lagi berguna dan kita jumpa di mahkamah sahaja. Moga impian Tony untuk ke penjara dapat ditunaikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya