SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan penjawat awam di negeri ini supaya tidak bersikap malas dan lalai sehingga mengakibatkan banyak projek pembangunan dirancang tergendala atau berdepan masalah. Baginda bertitah, sekiranya sikap itu berterusan dan menjadi kebiasaan, rakyat Selangor dibimbangi akan terus menanggung masalah disebabkan sikap tersebut. “Seperti contoh, projek tebatan banjir dan juga projek baik pulih kemudahan rakyat yang masih gagal dilaksanakan dengan segera,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-15, semalam. Malah, baginda juga mahu kerenah birokrasi dan peraturan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya