PETALING JAYA: Pembangkang perlu mengetepikan perbezaan politik untuk bersama-sama dengan kerajaan bagi mengembalikan semula ekonomi negara ke landasan yang betul. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, meskipun terdapat perbezaan fahaman dan perjuangan antara kerajaan dengan pembangkang, kedua-dua pasukan harus bersepakat atas kapasiti mengukuhkan ekonomi Malaysia. Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, sudah tiba masanya kerajaan dan pembangkang mengetepikan kepentingan politik dan peribadi dengan meletakkan ekonomi rakyat sebagai keutamaan. “Tiada yang lebih utama selain semua pihak mengutamakan rakyat dan ekonomi negara. Untuk kita membawa kembali ekonomi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya