Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 kondominium - Utusan Malaysia

Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 kondominium

Kekasih
WANITA warganegara Thailand maut selepas dipercayai ditolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium dekat Setia Alam di Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori dipercayai menolak teman wanitanya dari tingkat 27 sebuah kondominium dekat Setia Alam di sini selepas kedua-duanya dikatakan bergaduh dalam satu kejadian, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa wanita warganegara Thailand berusia 32 tahun maut selepas terjatuh di tingkat tujuh bangunan berkenaan.

“Polis menerima laporan daripada saksi kira-kira pukul 10.02 malam daripada seorang saksi yang mendakwa terdengar pergaduhan tersebut sebelum menyaksikan wanita berkenaan ditolak teman lelakinya berusia 37 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, suspek bagaimanapun ditangkap polis di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai tujuh rekod jenayah termasuk satu berkaitan dadah.

Malah Mohd. Iqbal lagi, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis kanabis.

“Suspek akan direman pada hari ini di Mahkamah Shah Alam. Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara sehingga empat puluh tahun.

“Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan sehingga 12 kali,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superitendan Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 0122666025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN