IPOH: Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian IBG, di sini semalam. Lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan menerusi Op Tiris 3.0 yang dijalankan pada pukul 12.29 tengah hari. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan di sebuah premis yang dijadikan pusat pengumpulan minyak diesel bersubsidi itu dijalankan selepas risikan selama dua minggu ke atas lori tangki yang aktif beroperasi di sekitar Ipoh. Katanya, hasil siasatan mendapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya