SEREMBAN: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan adik kandungnya yang berusia 12 tahun pada Januari dan Mac 2021. Tertuduh, yang berusia 22 tahun dan merupakan pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Pasir Gudang, Johor bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Datin Surita Budin. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati melakukan sumbang mahram dengan adik kandungnya yang berusia 12 tahun lapan bulan semasa kejadian pada Januari 2021. Bagi pertuduhan kedua,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya