ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengarahkan semua pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Kedah melakukan pemantauan terhadap karnival atau ekspo yang diluluskan oleh mereka. Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali, langkah itu perlu untuk memastikan insiden seperti konsert Choii Underground Music Tour Kedah 2.0 di Taman Jubli, di sini pada Sabtu lepas tidak berulang. “Kita nampak ada keperluan untuk melakukan pemantauan dan penguatkuasaan kepada penganjur yang memperoleh lesen. Pemantau kena pergi tengok malam ini ada apa. Macam insiden ini dalam aturcara penganjur tak tulis dalam permohonan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya