TAPAH: Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Bidor di sini, melarikan diri selepas merusuh dan merobohkan pagar serta kawat duri. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kejadian rusuhan itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada anggota pasukan keselamatan. Katanya, kumpulan tersebut dipercayai melarikan diri dengan menuju kawasan hutan berhampiran termasuk ladang kelapa sawit, hutan kecil dan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). “Usaha pencarian kesemua tahanan itu sedang giat dijalankan. Kesemua mereka melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggang tanpa membawa apa-apa barang, makanan mahupun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya