KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan penghargaan kepada Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva terhadap kelantangan dan sokongan tegas terhadap Palestin. Pendirian itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berinteraksi dengan Presiden Brazil itu melalui perbualan telefon semalam. “Saya turut mengambil peluang ini dengan mewakili rakyat Malaysia bagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Presiden Lula atas sokongan tegas Brazil kepada Palestin,” katanya dalam Facebook beliau hari ini. Presiden Lula merupakan antara pemimpin negara yang lantang menyuarakan dan membantah keganasan dilakukan Israel kepada rakyat Palestin. Dalam pada itu, Anwar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya