‘Orang lain merisik, orang lain difitnah’ - Pegawai Hamzah jawab tuduh minta jawatan

‘Orang lain merisik, orang lain difitnah’ – Pegawai Hamzah jawab tuduh minta jawatan

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Desas-desus kononnya Datuk Seri Hamzah Zainudin sedang merisik jawatan dalam kerajaan adalah satu fitnah terhadap Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)berkenaan, kata Setiausaha Sulit kepada Ketua Pembangkang itu, Ahmad Ikhwan Fadhli.

Beliau menyifatkan khabar itu sebagai perang saraf berstatus no class atau tiada kualiti kerana mendakwa bukannya Hamzah merisik, sebaliknya dirisik.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan lebih lanjut tentang ‘merisik’ tersebut.

“Fitnah. Orang lain merisik, orang lain pula yang difitnah. Perang saraf level amatur. No class,” katanya dalam akaun X hari ini.

Beliau turut menaikkan tangkap layar mesej dalam aplikasi WhatsApp mendakwa Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berunding di Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan jawatan.

Ahad lalu, portal Free Malaysia Today (FMT) memetik sumber melaporkan seorang pemimpin utama Bersatu baru-baru ini sering kelihatan di Pejabat Perdana Menteri dan dipercayai melakukan rundingan demi survival beberapa pemimpin tertentu sehingga pilihan raya parti.

Sumber yang enggan dinamakan mendakwa pemimpin Bersatu berkenaan berjanji memberikan lebih banyak sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada kerajaan. 

Kata sumber itu lagi, ‘lebih ramai’ wakil rakyat Bersatu dijangka isytihar sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu telah berbuat demikian dengan kekal menjadi ahli parti. Langkah mereka menjadikan Bersatu merancang meminda perlembagaan parti bagi mengelak tindakan sama berulang.

Mereka adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Bersatu dijangka mengadakan pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan bahagian pada tahun ini selepas menunda selama 18 bulan pada Mei 2023.

Sebelum ini, Hamzah disebut-sebut antara calon utama mengisi kerusi nombor satu parti jika Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk tidak bertanding Pressiden Parti pada pemilihan akan datang.

Pada perhimpunan agung tahunan Bersatu, November lalu, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden parti, namun tidak kurang 24 jam, beliau mengubah pendirian selepas diyakinkan isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman untuk tidak mengecewakan ahli memerlukannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya