PETALING JAYA: Seramai 5,791 individu atas pelbagai kesalahan dadah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Tapis Khas di seluruh negara pada 29 hingga 31 Januari lalu. Serbuan tersebut membabitkan kawasan Felda dan Felcra, ‘port’ penagih, Projek Perumahan Rakyat (PPR), sekatan jalan raya dan perkampungan nelayan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, tangkapan itu dilaksanakan bersama JSJN negeri-negeri yang disertai 2,281 pegawai dan anggota. Katanya, seramai 6,061 individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu, pihaknya menahan 5,791 orang atas pelbagai kesalahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya