Nombor plat 'GOLD 1' milik Yang di-Pertuan Agong

Nombor plat ‘GOLD 1’ milik Yang di-Pertuan Agong

SULTAN IBRAHIM berkenan menerima simbolik nombor kenderaan keluaran khas 'GOLD 1' daripada Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara, Kuala Lumpur. -GAMBAR/FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nombor plat kenderaan keluaran khas ‘GOLD 1’ menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas membida nilai tertinggi dalam sejarah negara.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bidaan sebanyak RM1.5 juta itu akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Seri Paduka berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara hari ini.

Pada pertemuan itu, Siew Fook turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya