PUTRAJAYA: Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli menyifatkan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya sebagai penyibuk ekoran tindakan mereka mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019. Beliau yang juga hakim Mahkamah Persekutuan turut ‘menempelak’ kedua-dua beranak itu dengan menyatakan mereka tiada hak di sisi undang-undang (locus standi) memfailkan petisyen itu dalam usaha mengisytiharkan 18 peruntukan itu terbatal dan tidak sah. Pada hemat Hakim Abdul Rahman, hak berperlembagaan Nik Elin dan anaknya tidak terjejas ekoran penguatkuasaan enakmen berkenaan di Kelantan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya