Nenek, cucu empat tahun rentung dalam kebakaran

Nenek, cucu empat tahun rentung dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Seorang wanita warga emas dan cucu yang berusia empat tahun rentung dalam kebakaran di Kampung Matan, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, kedua-dua mangsa yang terperangkap di dalam sebuah bilik ditemukan rentung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.53 malam dan sepasukan sembilan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut.

“Terdapat dua mangsa ditemukan rentung di dalam sebuah bilik. Rumah itu difahamkan didiami oleh tiga sekeluarga.

“Namun, semasa kejadian ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu difahamkan sedang bekerja menjaga kedai yang terletak di hadapan rumah tersebut,” katanya ketia dihubungi.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa rentung yang berusia 60 tahun dan empat tahun itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi pemadaman terkawal pada pukul 11.45 malam dan tamat sepenuhnya pada 12.30 tengah malam.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, empat buah rumah di perkampungan setinggan atas air di Kampung Sembulan Tengah musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 1.05 pagi tadi.

Jurucakap pusat gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, turut musnah dalam kebakaran itu adalah dua buah kenderaan yang terbakar antara lima hingga 10 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi pemadaman terkawal pada pukul 1.45 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.30 pagi,” katanya – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya