PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Yang DiPertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal yang baharu dilantik ke jawatan tersebut, di Istana Negara hari ini.
Selain Mutang, Sultan Ibrahim juga berkenaan menerima mengadap Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi dana Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman.
Mutang dilantik memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara bagi menggantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sarawak, pada 19 Januari lalu.
Pelantikan Mutang menjadikan beliau sebagai individu pertama dari etnik Lun Bawang yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara. – UTUSAN